Pengenalan

Sijil Modular Kebangsaan

PAKAIAN TRADISIONAL WANITA

Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai cara-cara pengumpulan data, penggunaan alat dan bahan, seni reka serta konsultasi fesyen yang menjurus kepada ciri-ciri usahawan berjaya. Selain itu, peserta akan didedahkan dengan kemahiran membuat pola pakaian, potong fabrik dan menjahit pakaian dengan menggunakan teknik dan kaedah yang betul. Dalam modul ini, peserta akan diajar untuk menghasilkan Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun, Baju Kurung Pesak Gantung dan Kain Lipat Batik, Baju Kurung Kedah dan Kain Kipas Belakang, Baju Kebaya Tradisional dan Kain Belah Selisih serta Baju Kebaya Kota Bharu dan Kain Viron.




PAKAIAN KONTEMPORARI WANITA

Dalam modul ini, peserta akan diajar tentang pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai cara-cara pengumpulan data, penggunaan alat dan bahan, seni reka serta konsultasi fesyen yang menjurus kepada ciri-ciri usahawan berjaya. Di samping itu, peserta akan didedahkan kepada kemahiran menghasilkan pakaian kontemporari wanita mengikut perkembangan terkini fesyen masa kini. Jenis-jenis pakaian yang akan diajar dalam modul ini adalah seperti skirt, blaus, gaun (dress), slek (seluar), jaket wanita dan korset. Pendedahan teori dan amali akan diberikan berkaitan kaedah-kaedah membuat pola, potong fabrik serta menjahit pakaian.


PAKAIAN LELAKI

Peserta akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah menghasilkan pakaian lelaki. Penghasilan pakaian lelaki pada masa kini mendapat banyak permintaan dalam bidang perniagaan. Oleh yang demikian, penekanan akan diberikan terhadap kaedah-kaedah yang betul untuk menghasilkan pola pakaian, pemotongan fabrik serta menjahit pakaian. Antara jenis-jenis pakaian lelaki yang akan diajar adalah Pakaian Baju Melayu, Kemeja Lelaki, Slek (seluar), Jaket dan Vest. Selain itu juga, peserta akan mengikuti proses kerja sebenar mengenai cara-cara pengumpulan data, penggunaan alat dan bahan, seni reka serta konsultasi fesyen yang menjurus kepada ciri-ciri usahawan berjaya.


HIASAN PAKAIAN

Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai cara-cara pengumpulan data, penggunaan alat dan bahan, seni reka serta konsultasi fesyen yang menjurus kepada ciri-ciri usahawan berjaya. Di samping itu, peserta akan mengikut proses kerja bagi penghasilan hiasan-hiasan pada pakaian yang telah dijahit. Modul ini memperkenalkan kepada peserta beberapa jenis jahitan asas sulaman benang, sulaman manik dan labuci, sulaman smocking, sulaman mesin serta sulaman riben. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi akan diaplikasi untuk menghasilkan hiasan pada pakaian dengan lebih kreatif dan dapat menyumbangkan nilai daya saing dalam dunia fesyen. Pemilihan dan kombinasi warna benang dan fabrik amat penting dalam menghasilkan rekaan-rekaan sulaman pada sehelai pakaian.



BUSANA 1 MALAYSIA

Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai cara-cara pengumpulan data, penggunaan alat dan bahan, seni reka serta konsultasi fesyen yang menjurus kepada ciri-ciri usahawan berjaya. Modul ini juga turut memperkenalkan peserta dengan aspek kebudayaan Malaysia secara umum. Busana 1 Malaysia ini dalam pengertian yang paling umum merupakan busana yang melambangkan identiti rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Ini secara tidak langsung meliputi seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Peserta akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali bagi teknik-teknik penghasilan pakaian Baju Kurung Tradisional Riau-Pahang bagi kaum Melayu, Baju Cheogsam untuk kaum Cina serta Baju Choli dan Skirt Kembang bagi kaum India. Dengan adanya modular ini, diharapkan peserta akan lebih menghayati dan menghargai busana tradisonal pelbagai kaum yang terdapat di Negara ini.

No comments:

Post a Comment